Sunday, August 2, 2009

Aku berlindung dengan ALLAH, daripada Syaitan yang direjam (terkutuk). Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah yang Maha Pengasih. Segala pujian semata-mata bagi ALLAH yang memelihara sekalian alam. Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih. Yang menguasai hari pembalasan. Akan Engkau (sahaja) kami sembah dan akan Engkau (sahaja) kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah oleh Engkau akan kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan segala yang telah memberi nikmat oleh Engkau atas mereka bukan yang dimurkai atas mereka dan tidak (jalan) orang-orang yang sesat. TERJEMAHAN SURAH AL-FAATIHAH

Segala pujian bagi ALLAH.

This is my first writing ever.. Writing is a new thing in my life as I have never ever write. It’s kind of a weird thing to do now but I’m willing to try... he he setelah mendapat dorongan from Yati... i'll write anything.. no specific genre!! but for the beginning for the starting.. i would like and glad to share what i'm discover about amazing Al-Qur'an..

Thnx to Yati (hanya ALLAH yg mampu membalasnya).

1. Al-Qur'an mula diwahyukan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibriel A.S. di Gua Hira', Makkatul Mukarramah, Pada malam Isnin, 17 Ramadhan, menjelang 41 tahun umur Baginda bertepatan pada 6hb Ogos 610M (6 Aug my birthday). Ayat pertama diwahyukan ialah ayat 1-5 dari surah Al-'Alaq.

2. Ayat yang terakhir diwahyukan ialah Ayat 3 Surah Al-Ma-idah, diwahyukan pada hari Arafaat waktu Hajjil Wada', pada hari Jumaat 9 Zul Hijjah, iaitu kira-kira 81 hari sebelum wafatnya Nabi Muhammad SAW, baginda wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal tahun ke sebelas Hijrah bersamaan 7hb June 632 Masihi, diwaktu umur baginda 63 tahun.

3. Jumlah masa penurunan Al-Qur'an adalah selama 22 tahun 2 bulan 22 hari meliputi dua penggal penurunan, iaitu penggal pertama diMakkah, mengambil masa selama 12 tahun 5 bulan 13 hari, semua ayat yang diturunkan diMakkah disebut Makkiyah dan penggal kedua di Madinah mengambil masa selama 9 tahun 9 bulan 9 hari. Semua ayat yang diturunkan di Madinah disebut Madaniyah.

4. Al-Qur'an mengandungi :
a) 30 juzuk
b) 114 Surah (86 Makkiyah, 28 Madaniyah)
c) 60 Hizib
d) 6236 Ayat, para Muhaqqiq menghitung sebanyak 6616 dan biasa disebut 6666 Ayat
e) 79,911 Kalimat, para Muhaqqiq menghitung sebanyak 74,473 kalimat
f) 324,879 huruf, para Muhaqqiq menghitung sebanyak 325,345 huruf semuanya.
g) Lafaz ALLAH sahaja berjumlah 2,696 lafaz
h) Surah yang terpanjang sekali ialah surah Al-Baqarah, mengandungi 286 Ayat, 6021 kalimat dan 25000 huruf
i) Surah terpendek sekali ialah Surah Al-Kautsar, mengandungi 3 Ayat, 10 kalimat dan mempunyai 42 huruf sahaja.
j) Ayat paling panjang didalam Al-Qur'an ialah Ayat 282 Surah Al Baqarah
k) Ayat terpendek sekali ialah Haa Miem dan Thaa Haa
l) Lafaz didalam Surah Al Hijr Ayat 22, adalah lafaz terpanjang sekali dalam satu kalimat, mengandungi 11 huruf.
m) Ayat-ayat dimana terkumpul semua huruf Hijaa-iyah (Alif hingga Yaa) ialah Ayat 29 diakhir Surah Al-Fath dan Surah Ali-Imran Ayat 151.

hmmm for the next episode.. The Quest for Success:.. i guest

1 comment: